salam and selamat sejahtera readers .
untuk entry kali ini . for the first thought aku ingat nak buat tajuk ' how to move on ' . tapi lepas 2 hari berfikir . tajuk ni memerlukan entry yang panjang . hahaha . so i gave up . my second thought pulak nak buat entry pasal marah . tapi bila fikir fikir balik . aku dah pun ulas tajuk ni kat blog lama aku : marah tandanya sayang ? ( click untuk usha ) . then akhirnya . aku terfikir tajuk ni .
Ada apa dengan clashing attitude ? Attitude yang bercanggah ?
Korang pernah tak berhadapan dengan girlfriend or boyfriend yang cakap lain tapi buat lain ? Ha . Benda ni la yang aku nak kongsi sekarang ni . Macam biasa . Aku bagi contoh situasi .
1 . Si girlfriend minta si boyfriend supaya jujur . Jangan menipu . Dia akan cuba TERIMA . Then bila si boyfriend jujur ( contoh : tak dapat jumpa sebab nak keluar lepak dengan kawan ) . Pergh ! Dia punya merajuk , marah , sentap . Seminggu dingin je . Hahaha .
2 . Si boyfriend janji takkan menipu si girlfriend . Tapi bila si girlfriend tanya kenapa tak reply sms ? ' Tertidur ' . Padahal tengah main snooker . Haha . Kadang kadang dah kantoi pun masih nak menipu lagi .
Punca clashing attitude ni aku malas nak kaji . Sebab bagi aku perangai ni bullshit . Sembang lain buat lain . Tapi benda macam ni boleh dielakkan dengan attitude yang betul . Attitude macamana ?
Dalam situasi 1 . Si girlfriend kena set dekat mind . Yang si boyfriend ni ada his own life . Bukan full time nak kena punch card dekat korang . Takkan nak berkepit 24 jam . They also need spaces untuk enjoy and spend time with their friends . Contoh pergi main snooker . Kalau korang boleh main snooker . Mungkin dia dah ajak . Tapi kalau korang tak reti . Takkan dia nak biar korang tengok dia main berejam ? Or mungkin kalau korang tengok dia main snooker berejam tanpa pedulikan korang , korang akan sentap . And mungkin dorang anggap tempat macam tu tak sesuai untuk bakal suri dorang . Mungkin . Lepas tu bila korang cakap korang boleh terima and dorang pulak jujur bagitahu . Tak payah la sentap . Sepatutnya bersyukur sebab dorang tak menipu korang . Korang yang minta dorang jangan tipu kan .
Situasi 2 pulak . Satu je perkataan yang aku nak tegaskan . KEPERCAYAAN . Ok fine . Mencegah lebih baik dari memperbaiki . Tapi kalau korang kenal girlfriend korang betul betul . Korang patut tahu nak percaya atau tak dekat dia . Then kalau korang takut girlfriend kena kebas . Banyak lagi cara nak buat . Pernah dengar tak ' let the best man wins ' ? Kalau korang la ' the best man ' . Buat apa la korang takut girlfriend kena kebas ? And kalau korang rasa korang tak percaya kat girlfriend korang . Kenapa perlu berjanji takkan kongkong ? And come on la . Kalau belum kahwin lagi korang dah sekat sekat girlfriend korang sampai tak boleh pandang lelaki lansung . Nanti dah kahwin korang nak gari ke bini korang dalam rumah taknak bagi jumpa lelaki lain walaupun apek jual ikan ? Cemburu biar bertempat bro .
Last but not least . Aku tahu korang masing masing nak jaga relationship tu . Tapi biar la kena cara . Kalau korang percaya jodoh . Korang akan faham :
' Kalau dia bukan jodoh kita . Walaumacamana kita usaha pun . Dia tetap takkan jadi milik kita . Tapi kalau sudah ditulis dia lah jodoh kita . Tak payah buat apa apa pun . Dia tetap akan jadi milik kita cepat atau lambat . '
* Maaf kalau penyampaian kali ni berserabut sikit . Kalau tak suka or tak faham or nak kritik sila tinggalkan comment or shout je kat shoutmix . Thank you .
Salam and END with a SMILE .
No comments:
Post a Comment